dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Kesejahteraan Cegah Bantut Seawal Usia

4 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Disember 2024 (Selasa), petugas NADI telah menyertai sesi webinar kesejahteraan kendiri dalam talian menggunakan Google Meet. Webinar ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan bantut. Bantut ialah masalah ketinggian kanak-kanak yang tidak seiring dengan usia. Ianya ditentukan berdasarkan ukuran panjang atau tinggi dengan umur kanak-kanak tersebut. Bantut perlu dikesan dan diperbetulkan sebelum usia kanak-kanak tersebut 2 tahun kerana kalau tidak dicegah dari awal akan memberi kesan kekal kepada kanak-kanak tersebut seumur hidup.

Selain itu, terdapat tiga faktor terjadinya bantut ialah faktor kanak-kanak iaitu kanak-kanak itu dilahirkan kecil, faktor ibu bapa/penjaga iaitu ketinggian ibu bapa dan faktor pemakanan iaitu lambat memulakan makanan pelengkap. Oleh itu, ibu bapa hendaklah melakukan pemeriksaan di hospital untuk mendapatkan rawatan jika mendapati anak mengalami bantut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.